Home ACADEMIC CMIWS Short Course
PDF Print E-mail

MEDIA SOSIAL & PENGURUSAN PERSEPSI | SOCIAL MEDIA & PERCEPTION MANAGEMENT

SINOPSIS

Peredaran zaman dan perubahan teknologi komunikasi yang pantas memerlukan suatu bentuk pemikiran dan anjakan paradigma baru dari segi pengurusan komunikasi dan persepsi yang lebih saintifik dan sistematik. Justeru kursus ini dirangka bagi tujuan untuk memberikan pendedahan terkini prinsip, konsep dan aplikasi pengurusan persepsi dari kerangka teori media, perangsaraf dan komunikasi strategik untuk mewujudkan suatu strategi pengurusan persepsi yang efektif seiring dengan dinamik perubahan teknologi maklumat, ‘big data’ dan media sosial di abad ke-21. Kursus ini juga menganalisis permasalahan, fungsi, peranan dan kesan strategi pengurusan persepsi melalui teori, isu dan kajian di dalam dan luar negara.

MODUL

1. Media Sosial & Masyarakat | Social Media & Society
- Pengenalan kritikal terhadap lanskap media sosial dan dinamik perubahan masyarakat digital di abad ke-21.

2. Perisikan Media Sosial & Data Raya (Teori) | Social Media Intelligence & Big Data I
- Pemahaman dan pendedahan konsepsual tentang idea dan kerangka perisikan media sosial.

3. Perisikan Media Sosial & Data Raya II (Aplikasi) | Social Media Intelligence & Big Data II
- Kaedah dan pendekatan secara teknikal dalam memahami aplikasi dan pengurusan perisikan media sosial.

4. Media Sosial dan Propaganda Data | Social Media & Data-Driven Propaganda
- Pendekatan konsepsual dan “hands-on” dalam memahami prinsip, strategi dan teknik propaganda yang terkini dan penggunaannya di media sosial.

5. Rangkaian Pengoptimuman Media Sosial | Social Media Network & Optimisation
- Pendekatan secara langsung dalam memahami teknik-teknik penting tentang pemasaran media sosial (social media marketing) dan strategi pengoptimuman (optimisation strategies) melalui pelbagai aplikasi dan platform.

6. Media Sosial dan Perubahan Sosial | Social Media & Social Change
- Pendekatan menerusi kajian kes dalam pengurusan persepsi dan strategi perubahan sosial melalui media sosial dan propaganda.

TARIKH : 18 & 19 NOVEMBER 2017
MASA : 8.30 PAGI - 5.00 PTG
TEMPAT : DEWAN BERLIAN, IRMI, UiTM SHAH ALAM

YURAN PENDAFTARAN:
PROFESIONAL RM600.00
PELAJAR RM400.00

*DISKAUN 50% BAGI PENYERTAAN TERAWAL!

TARIKH AKHIR PEMBAYARAN:
10 NOVEMBER 2017

CARA PEMBAYARAN

  1. Pembayaran yuran program boleh menggunakan Deposit Tunai/Pindahan Atas Talian/Cek/Pesanan Tempatan (LO). Pembayaran hendaklah di atas nama BENDAHARI UiTM, Nama Bank: AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD (Swift Code: AIBBMYKL) No Akaun Bank: 105140003422.
  2. Sila hantar slip pembayaran ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .
  3. Pembatalan penyertaan hendaklah dimaklumkan secara bertulis 3 hari sebelum program dijalankan. Yuran pendaftaran akan tetap dibilkan kepada organisasi anda sekiranya penyertaan tidak dimaklumkan.
  4. Bayaran yuran program termasuklah minum pagi dan petang, makan tengahari, bahan kursus dan sijil penyertaan.
  5. Pihak penganjur berhak meminda program, tarikh, penceramah dan tempat kursus jika terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Sebarang pertukaran akan diberitahu kepada para peserta.

Borang penyertaan boleh diisi melalui pautan dibawah:
https://goo.gl/forms/ibxi6EDQKckvRhF23

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi;
Dr. Fariza Hanis Abdul Razak |  010 840 6282
En. Shahnon Mohamed Salleh |  016 217 3664
Pn. Puteri Murni Salleh Hudin |  03 5544 8157/8156

 

 

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday64
mod_vvisit_counterYesterday123
mod_vvisit_counterThis week1297
mod_vvisit_counterThis month3576
mod_vvisit_counterAll332796
December 2017
S M T W T F S
26 27 28 29 30 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6